Monday, July 12, 2010

Keli organik sedia untuk dijual

Di dalam tangki ini adalah keli organik yang sedia untuk dijual kepada pelanggan.

Saturday, May 22, 2010

Artikel Akhbar









Ini adalah di antara artikel berkenaan ternakan keli organik di Tok Bali Organic Farm yang pernah keluar di akhbar Sinar Harian.

Saturday, May 15, 2010

Tahun 2010 lebih mencabar

Satu blog baru rentetan dari blog terdahulu Tok Bali Aqua Farm kini diberi jenama baru iaitu Tok Bali Organic Farm. Penjenamaan baru ini dirasakan perlu memandangkan skop kerja yang menjadi lebih luas dan berbagai.

Dari kaedah ternakan keli organik, kini kami mempelbagaikan aktiviti kepada pertanian serta juga penternakan ayam dan itik telor di samping kami juga mengusahakan ternakan ikan puyu yang semuanya kami usahakan secara kaedah organik.

Kami juga mempelopori pembuatan makanan secara organik. Ini dilakukan dengan menggunakan bahan buangan yang ada di sekitar kami dan diproses menjadi makanan ikan secara organik dalam bentuk palet.

Membuat makanan sendiri untuk kegunaan keli organik menjadikan bebanan kerja bertambah. Keupayaan memproses makanan dengan menggunakan bahan asas seperti ikan sebagai sumber protin haiwan, dicampur dengan rumput gajah atau napier sebagai sumber protin tumbuhan serta dedak sebagai karbohidrat menjadikan ikan keli cepat membesar dan begitu aktif.

Tahun 2010 menjadikan aktiviti kerja-kerja penyelenggaraan keli lebih bermakna dan bertambah sibuk. Banyak kerja-kerja yang perlu dibereskan. Kekurangan kakitangan dan pekerja menyebabkan banyak kerja yang perlu disiapkan menjadi terbengkalai.